Novel RUSUH DI KUALA merupakan novel atau buku pertama saya, yang di tulis dan diterbitkan setelah
terlibat dalam dunia penulisan lebih 30 tahun.
Saya telah berkelana dalam pelbagai gerne bermula dengan cerpen, puisi,
rencana dan berita dan akhir-akhir ini penulisan skrip drama TV.
Saya juga pernah menjadi orang suratkhabar bermula dengan
BACARIA kemudian berpindah ke UTUSAN MALAYSIA dan akhir sekali dengan akhbar
HARIAN WATAN. Selepas itu saya banyak menulis untuk pelbagai akhbar dan majalah baik berkiatan politik
mahupun agama.
Depan saya Mazlan Manan sifu dalam penulisan skrip drama juga dulunya Pengarang BACARIA. Tepi Mazlan Datuk Rosham Nor dan belakang beliau Khairul Producer drama & filem. |
Tahun 2019 akan bermula era penulisan novel dan buku malah
saya memberanikan diri menubuhkan syarikat penerbitan kecil sendiri. Syarikat ini akan menerbitkan
bahan bercetak danvideo. Ini bermakna tahun ini saya bukan saya akan
menghasilkan buku dan novel malah akan menjadi penerbit kecil.
Memang ketika saya mula menulis novel saya berhasrat untuk
terbitkan sendiri. Saya memang sudah ada pengalaman menerbitkan dan mengurus penerbitan. Suatu masa dulu saya
telah menerbitkan buletin politik untuk UMNO Pulau Pinang, Pemuda UMNO Pulau
Pinang dan UMNO Bukit Mertajam.
Ketika itu sayalah pengurus penerbitan. Saya juga merupakan
editor yang memikirkan pengisian buletin. Saya juga
wartawan yang turun ke bawah mendapatkan bahan. Saya juga jurufoto untuk buletin itu. Malah saya juga
pengedar buletinnya.
Saya banyak menimba pengalaman ketika itu. Cuma selepas itu,
saya tidak punya ruang dan kesempatan
untuk membuka dan menguruskan syarikat
penerbitan seperti hari ini. Mungkin ada rahmatnya yang kita tidak tahu, hanya
Dia Allah Yang Maha Besar Yang Maha Mengetahuinya.
Semuanya terbantut gara-gara penyingkiran Datuk Seri
Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana
Menteri, Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Pulau Pinang. Penyingkiran ini mengakibatkan meletusnya era reformasi negara.
Sebelum peristiwa itu saya telah menulis dua buah buku
politik satu mengenai Masalah Melayu Pulau Pinang dengan sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
buku sejarah politik UMNO Bukit Mertajam dengan sokongan Tan Sri Dr. Ibrahim
Saad. Kedua-dua projek ini terkubur kerana gelombang reformasi.
Ketika zaman Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi menjadi Perdana
Menteri saya didekati oleh seorang penerbit melayu berasal dari Tasek Gelugor meminta
saya menulis bab politik. Saya berjaya menyiapkan dua naskah manuskrip dan
beliau telah membuat bayaran pendahuluan namun senyap begitu saja.
Sementara penulisan Novel RUSUH DI KUALA ini bermula apabila
guru menulis tak formal saya Ustaz Azizi Hj. Abdullah atau saya panggil Tukya
mencabar saya. Suatu hari saya
terserempak dengan Tukya di kedai makan di kampung saya dan saya lepak dan
bersembang dengan Tukya.
Tukya berkata dia kagum dengan kebolehan saya menulis. Sejak
dia mengenali saya selepas cerpen pertama saya tersiar dan saya mengadap Tukya
untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajarnya Tukya mengikuti perkembangan
penulisan saya.
“Aku tabik bakat hang, hang . boleh menulis cerpen, puisi,
rencana baik agama mahupun politik tapi sayang sampai hari ini aku tak pernah
tengok senaskah buku hang ada di
pasaran. Tulis di akhbar dan majalah akhirnya akan menjadi kertas pembalut nasi lemak. Kalau hang
hasilkan buku atau novel, buku atau novel hang akan berada di almari buku hang
dan orang. Aku nak tengok!” lebih kurang intipati cabaran Tukya kepada saya.
Selepas cerpen
pertama saya tersiar, saya memang seronok tapi saya tahu masih ada kekurangan
tapi saya tidak dapat kenal pasti. Lalu saya mencari jalan untuk bertemu dengan
Tukya dengan membawa salinan cerpen saya juga saya lakar cerpen baru berjudul “Nenek
Uteh”.
Ketika saya sampai depan rumah Tukya bersama kawan saya dan
dia memang kenal rapat dengan Tukya, saya terlihat tulisan Rumah Tukya di
rumahnya. Saya yakin ustaz Azizi senang dengan nama itu lalu saya meminta izin
memanggil Ustaz Azizi dengan panggilan Tukya.
Cerpen pertama yang tersiar mendapat kritikan hebat dari
Tukya. Saya juga mendapat kritikan dari cerpen “Nenek Uteh” yang saya buatkan
khas untuk Tukya nilai. Sehingga hari ini cerpen “Nenek Uteh” gagal saya tulis
semula. Namun segala kritikan Tukya banyak membantu saya berkarya seterusnya.
TUNGGU PENAWARAN PRA PENCETAKAN
NOVEL RUSUH DI KUALA NANTI. DAN IKUTI CERITA BAB PENULISAN NOVEL INI DI SINI.
PENERBITAN VIDEO |
JANGAN LEPASKAN PELUANG |
ABADIKAN KISAH HIDUP ANDA |