Setelah ditegur dan dicabar oleh Tok Guru Menulis
saya Ustaz Azizi Hj. Abdullah atau saya panggil Tukya, saya tak boleh tidur.
Saya memikirkan teguran dan cabaran Tukya yang perlu saya sahut.
Ustaz Azizi Hj Abdullah (Tukya) |
Masalahnya, saya tidak tahu
apa yang harus saya tulis waktu itu. Ketika itu saya kuat menulis politik dan
memang saya telah menulis empat naskah manuskrip berkenaan politik tapi
semuanya tidak diterbitkan.
Buku pertama saya telah
mendapat persetujuan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Timbalan
Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang mengenai
Masalah Melayu Pulau Pinang. Beliau meminta saya menemui Datuk Mansor Othman
kini Ahli Parlimen Nibong Tebal yang ketika itu adalah Setiausaha politik
beliau untuk mendapatkan bahan.
Buku politik kedua, saya diminta oleh Tan Sri Dr. Ibrahim Saad
ketika itu untuk saya bukukan sejarah UMNO Bukit Mertajam ketika itu beliau adalah
Ketua UMNO Bukit Mertajam. Kedua-dua buku ini tidak dapat diterbitkan gara-gara
penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan negara dilanda gelombang reformasi.
Penulis bersama Tan Sri Sr. Ibrahim Saad |
Saya mendapat peluang ini
kerana ketika itu saya menerbitkan buletin politik UMNO Pulau Pinang dan Pemuda
UMNO Pulau Pinang dan juga buletin UMNO Bukit Mertajam.
Kemudiannya saya didatangi
seorang penerbit buku dari Kuala Lumpur tapi berasal dari Tasek Gelugor. Saya
menyiapkan dua naskah manuskrip dan beliau telah memberikan deposit tapi entah
mengapa projek itu juga tergantung.
Jadi jika saya hendak
menulis buku politik mungkin tidak ada penerbit yang berani menerbitkannya
kerana ketika itu yang kuat dengan fahaman politik kiri menentang kerajaan BN.
Saya hanya boleh menulis buku politik waktu itu jika saya ada syarikat dan
menerbitkannya sendiri. Ketika itu saya tidak ada kekuatan dan ruang untuk
menerbitkan buku sendiri.
Untuk menulis novel yang
mungkin senang mendapat penerbit, tapi saya tahu kelemahan saya. Rata-rata penerbit
berminat dengan cerita cinta kerana
mudah dipasarkan. Inilah masalah saya, saya tidak punyai kekuatan dalam soal
cinta kerana saya sendiri tidak pernah bercinta sebagaimana orang lain.
Saya pening beberapa bulan
saya mencari jalan untuk menyahut
cabaran Tukya. Akhirnya saya buat keputusan untuk menulis sebuah novel yang
berkiatan dengan PERJUANGAN, CINTA DAN KEAGAMAAN. Tapi bagaimana untuk saya
mengiatkan semua itu dalam sebuah novel? Saya perlu mencari dan mengali.
Setelah berfikir, saya mula mendapat idea dan mula mengarapnya. Saya namakan novel itu “CINTA ANAK TANJUNG”
Saya garap bab demi bab dan apabila saya ceritakan kepada seorang teman dia
minta saya namakan novel saya “Dua” jadi saya perlu tambah bahan untuk
sesuaikan dengan judul.
Gambaran layout cover novel bakal diperkemas oleh designer |
Namun ketika itu
saya belum menulis baru mengarap cerita.Setelah beberapa lama dan
saya berpuas hati saya mula menulis. Ketika saya giat menulis dan sudah bab
19, tiba-tiba saya mendapat perkhabaran
Tukya meninggal dunia. Hancur luluh usaha saya dan saya sudah tidak mampu
meneruskannya. Saya biarkan begitu saja. Saya sendiri tidak tahu mengapa?
Hanya beberapa tahun
kebelakangan ini saya kembali mendapat
kekuatan dan berjaya menyiapkannya. Rupanya Allah menangguhkan perancangan saya
untuk dikabulkan harapan saya kerana ketika saya giat menulis memang saya
berazam untuk menerbitkan novel ini sendiri tetapi ketika itu saya belum
menemui jalannya.
Namun ketika novel saya
telah siap dan saya sedang menperkemaskannya saya bertemu dengan seorang teman
menulis beliau saya kenal ketika aktif dalam 2PNP (Persatuan Penulis Negeri
Pulau Pinang). Kak Wan ketika itu bendarai persatuan pernah menghasilkan skrip
dan telah menghasilkan beberapa buah novel. Kak Wan mencadangkan saya namakan
novel saya Rusuh Di Kuala, dan saya terima pakai cadangan Kak Wan.
Alhamdulillah setelah novel
ini siap dan saya telah menemui jalannya dan syarikat pun telah tertubuh dan hanya
menanti masa yang sesuai untuk saya terbitkan. In Shaa Allah dalam waktu
terdekat ini. Tunggu!
#AntologiPuisiPM
#AntologiCerpenPM
# BukukanKisahHidupPM
No comments:
Post a Comment