share button

Thursday, May 9, 2019

PENING MENCARI IDEA UNTUK SAHUT CABARAN TUKYA


Setelah  ditegur dan dicabar oleh Tok Guru Menulis saya Ustaz Azizi Hj. Abdullah atau saya panggil Tukya, saya tak boleh tidur. Saya memikirkan teguran dan cabaran Tukya yang perlu saya sahut.
Ustaz Azizi Hj Abdullah  (Tukya)

Masalahnya, saya tidak tahu apa yang harus saya tulis waktu itu. Ketika itu saya kuat menulis politik dan memang saya telah menulis empat naskah manuskrip berkenaan politik tapi semuanya tidak diterbitkan.

Buku pertama saya telah mendapat persetujuan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang mengenai Masalah Melayu Pulau Pinang. Beliau meminta saya menemui Datuk Mansor Othman kini Ahli Parlimen Nibong Tebal yang ketika itu adalah Setiausaha politik beliau untuk mendapatkan bahan.

Buku politik kedua,  saya diminta oleh Tan Sri Dr. Ibrahim Saad ketika itu untuk saya bukukan sejarah UMNO Bukit Mertajam ketika itu beliau adalah Ketua UMNO Bukit Mertajam. Kedua-dua buku ini tidak dapat diterbitkan gara-gara penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan negara dilanda gelombang reformasi.
Penulis bersama Tan Sri Sr. Ibrahim Saad

Saya mendapat peluang ini kerana ketika itu saya menerbitkan buletin politik UMNO Pulau Pinang dan Pemuda UMNO Pulau Pinang dan juga buletin UMNO Bukit Mertajam.
Kemudiannya saya didatangi seorang penerbit buku dari Kuala Lumpur tapi berasal dari Tasek Gelugor. Saya menyiapkan dua naskah manuskrip dan beliau telah memberikan deposit tapi entah mengapa projek itu juga tergantung.

Jadi jika saya hendak menulis buku politik mungkin tidak ada penerbit yang berani menerbitkannya kerana ketika itu yang kuat dengan fahaman politik kiri menentang kerajaan BN. Saya hanya boleh menulis buku politik waktu itu jika saya ada syarikat dan menerbitkannya sendiri. Ketika itu saya tidak ada kekuatan dan ruang untuk menerbitkan buku sendiri.  

Untuk menulis novel yang mungkin senang mendapat penerbit, tapi saya tahu kelemahan saya. Rata-rata penerbit berminat dengan cerita  cinta kerana mudah dipasarkan. Inilah masalah saya, saya tidak punyai kekuatan dalam soal cinta kerana saya sendiri tidak pernah bercinta sebagaimana orang lain.

Saya pening beberapa bulan saya  mencari jalan untuk menyahut cabaran Tukya. Akhirnya saya buat keputusan untuk menulis sebuah novel yang berkiatan dengan PERJUANGAN, CINTA DAN KEAGAMAAN. Tapi bagaimana untuk saya mengiatkan semua itu dalam sebuah novel? Saya perlu mencari dan mengali.

Setelah berfikir,  saya mula mendapat idea dan mula mengarapnya.  Saya namakan novel itu “CINTA ANAK TANJUNG” Saya garap bab demi bab dan apabila saya ceritakan kepada seorang teman dia minta saya namakan novel saya “Dua” jadi saya perlu tambah bahan untuk sesuaikan dengan  judul. 
Gambaran layout cover novel bakal
diperkemas oleh designer

Namun ketika itu saya belum menulis baru mengarap cerita.Setelah beberapa lama dan saya berpuas hati saya mula menulis. Ketika saya giat menulis dan sudah bab 19,   tiba-tiba saya mendapat perkhabaran Tukya meninggal dunia. Hancur luluh usaha saya dan saya sudah tidak mampu meneruskannya. Saya biarkan begitu saja. Saya sendiri tidak tahu mengapa?

Hanya beberapa tahun kebelakangan  ini saya kembali mendapat kekuatan dan berjaya menyiapkannya. Rupanya Allah menangguhkan perancangan saya untuk dikabulkan harapan saya kerana ketika saya giat menulis memang saya berazam untuk menerbitkan novel ini sendiri tetapi ketika itu saya belum menemui jalannya.

Namun ketika novel saya telah siap dan saya sedang menperkemaskannya saya bertemu dengan seorang teman menulis beliau saya kenal ketika aktif dalam 2PNP (Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang). Kak Wan ketika itu bendarai persatuan pernah menghasilkan skrip dan telah menghasilkan beberapa buah novel. Kak Wan mencadangkan saya namakan novel saya Rusuh Di Kuala, dan saya terima pakai cadangan Kak Wan.

Alhamdulillah setelah novel ini siap dan saya telah menemui jalannya dan syarikat pun telah tertubuh dan hanya menanti masa yang sesuai untuk saya terbitkan. In Shaa Allah dalam waktu terdekat ini. Tunggu!

#AntologiPuisiPM
#AntologiCerpenPM
# BukukanKisahHidupPM
#MenerbitkannovelRusuhDiKualaPM